Saturday, June 28, 2008

.:: CuTi YaNg BerBaKi ::.

Cuti tinggal seminggu saja lagi...
Selepas hampir 3 bulan 'berehat', rasa malas pulak nak 'start' kelas.

Hmm...apa yang aku buat sepanjang cuti ni??
Lebih banyak yang berfaedah ke atau banyak buang masa?

Jap nak fikir...hhmmm....

Berapa jam aku habiskan masa untuk tidur?
Berapa jam untuk baca quran?
Berapa jam untuk tengok tv?
Berapa jam untuk hafaz quran?
Berapa jam untuk mengadap laptop?
Berapa jam untuk tolong umi & abah?
Berapa jam untuk tolong adik-adik belajar?
Berapa jam untuk 'shopping'?
Berapa jam untuk mengulang quran?
Berapa jam untuk jalan-jalan?
Berapa jam untuk baca buku?
Berapa jam untuk berbual kosong?
Berapa jam untuk ziarah jiran dan saudara-mara?
Berapa jam untuk main game?
Berapa jam untuk tengok vcd?
Berapa jam untuk siapkan assignment?
Berapa jam untuk termenung?
Berapa jam untuk kerja-kerja Islam?
dan.. berapa jam untuk mengingati ALLAH?

Jawapannya... Biarlah rahsia... wink... ;'(

Thursday, June 26, 2008

.:: OuRSeLvEs ::.


Diri Ini
www.iLuvislam.com
oleh: NuurZaffan

Diri ini adalah hamba,
mengikat janji
‘Alastu bi rabbikum?` “ Qaalu, bala syahidna”

Diri ini terbentuk dari setitis air yang hina,
terpilih dikalangan berjuta.

Diri ini lahir ke dunia,
tanpa tahu menulis dan membaca.

Diri ini lalu menjadi seorang anak
buat kedua ibu bapanya.

Diri ini punya tanggungjawab sebagai kakak,
mahupun adik dikalangan saudaranya.

Diri ini menuntut ilmu untuk agama dan bangsa ,
digelar mahasiswa.

Diri ini adalah sahabat,
cermin buat rakan disekelilingnya.

Diri ini adalah rakyat,
yang mahukan kegemilangan negaranya.

Diri ini adalah bakal isteri,
patuh kepada suaminya.

Diri ini adalah bakal ibu,
mendidik generasi seterusnya.

Diri ini bakal kembali kepadaNya ,
dihisab dan bertemu penciptanya.

----------------------------------------------------------------

‘Alastu bi rabbikum?` “ Qaalu, bala syahidna”
adalah pertanyaan
Allah s.w.t. dan janji kita sebelum dilahirkan di dunia; berdasarkan firman Allah:

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firmanNya): Bukankah aku tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini.
~Surah Al-A'raf, ayat 172~

Thursday, June 5, 2008

.:: SpEciAL GiFt ::.

Istimewa untuk seorang sahabat yang cukup istimewa...
You'll always have a special place in my heart!
Uhibbuki FILLAH abadan abada...

:: aPe Lagi...?MiNyAkLaH! ::


Ai, semua orang kelam-kabut malam ni.Pening kepala. Sakit jantung. Mula rasa nak demam...

Apa lagi?Pasal MINYAK lah..minyak naik lagi. Kali ni, naik 78sen, jadi rm2.70 seliter. Banyak tu! Makan besar Petronas kali ni. Apa nak jadilah sekarang ni. Semua benda dah mahal. Yang jadi tauke, bertambah kaya.. Yang jadi kuli, bertambah miskin.ish ish ish..tak patut..tak patut...

Bila minyak dah naik, agak-agak apa lagi barang yang akan naik harga? Cuba fikir. Eh! Baik jangan fikir, kang tak pasal-pasal asyik makan panadol je. Kang panadol pulak naik harga! (Pharmacist boleh jadi kaya..hehe)

Macammana negara pengeluar minyak macam Malaysia ni harga minyaknya boleh naik begitu mendadak macam ni?Patutnya bila harga minyak dunia naik, sedikit sebanyak negara pun dapat untung. Negara untung=rakyat rugi. Betul ke 'equation' tu?Hmm.. wink!

Monday, June 2, 2008

:: KeNDuRi KaHWiN ::


Cuti sekolah kali ni banyak betul orang kahwin. Setiap hari mesti lebih daripada 1 jemputan kenduri (untuk mak ayah saya la..)..Sepupu saya sendiri, 4 orang kahwin dalam cuti sekolah ni. Ish2, macam musim buah pulak. Sampai pening dah tengok gulai. Hari-hari makan gulai. =)

Hmm, minggu depan (7/6), kakak saya pulak yang nak kahwin. Ish2, macam tak percaya pulak. Doakan semoga dia bahagia sampai bila-bila. Jemputlah ke rumah.wink!

Dictionary