Wednesday, September 17, 2008

:: IqRa' ::


"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan kitab sucinya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan yang benar dengan yang salah "

Surah Al-Baqarah : 185


"Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu kitab suci Al-Quran"

Surah Al-Zumar : 23


"...Dan siapakah yang lebih benar perkataannya daripada Allah?"

Surah An-Nisa' : 87

Sunday, September 14, 2008

:: SaTu PeR DuA BeLaS ::

Solat Terawih...

30 hari dalam 365 hari
1 bulan dalam 12 bulan

pun masih terasa berat...
rasa tak rugi pun kalau tak buat...
tahun depan ada lagi...

Alah, solat sendiri-sendiri pun boleh..
bukan wajib pun solat jemaah..
malas lah nak turun bawah..
psstt..aku dengar ada orang cakap bid'ah.. tak nak lah aku!

Eh! jom bukak puasa ramai-ramai..tak best ah makan sorang2..

@@---@@--@@---@@

Solat berjemaah digandakan pahala sebanyak 27x ganda..bulan Ramadhan?Hmm...

"Aku MALAS lah nak terawih jemaah.."
(betapa angkuhnya kita dengan tawaran ALLAH...)

Andaikan...kita dijemput Ilahi sebelum tibanya Ramadhan 1430H...
Andaikan...inilah Ramadhan terakhir untuk kita...

Selamat meneruskan ibadah puasa dan menambahkan bekalan akhirat..
16 days to go.. wink! =)

Tuesday, September 9, 2008

:: Ramadhan Kareem ::


"Bila datangnya Ramadhan, pintu2 syurga dibuka, pintu2 neraka ditutup, dan syaitan diikat" ~Al-hadith~

Ramadhan 1429H.. moga hadirmu penuh bermakna.ameen..

Dictionary