Sunday, July 6, 2008

:: SeM bArU dAh NaK sTaRT ::



Hmmm..... :( (mcm ipin ms ayam dia jatuh ..) Sedihnya dah kena tinggalkan rumah..takutnya nak belajar balik..seramnya nak kena exam lagi..berdebarnya nak habiskan 4bln untuk sem ni..

Semalam, masa on the way datang uia, hati berdebar-debar. Rasa lain macam je bila fikir nak start belajar balik. Takut! Takut kalau-kalau azam baru yang macam-macam ni tak terlaksana jugak untuk sem ni. (Azam setiap sem..) Azam nak study betul-betul, tak nak study last minute, ulangkaji setiap hari, kurangkan tidur, buat yang terbaik untuk sem baru ni..tapi....Hm, tak ada tapi-tapi! Orang yang banyak ber'tapi' ni biasanya susah nak berjaya. Ye, InsyaALLAH azam-azam tu akan saya cuba laksanakan. Dan yang pasti, ada sesuatu yang lebih besar menanti di depan.

"Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam, rugilah orang yang hari ini sama seperti semalam dan celakalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam..."

Nauzubillah..aku tak mahu menjadi orang yang celaka!

No comments:

Dictionary