Semua orang mesti pernah tidur kan? Dan ada orang yang memang hobi dia tidur. Jom kita jadikan perkara yang nampak simple ini sebagai 'aset' untuk mendapat pahala dengan mengikut cara tidur Rasulullah s.a.w.
1. Paling penting, DOA.
2. Jangan halakan kaki ke arah kiblat. Itu adalah kedudukan orang yang telah meninggal dunia.
3. Baca Tasbih Fatimah sebelum tidur iaitu Subhanallah (33x), Alhamdulillah (33x) dan Allahuakbar (33x). Sesiapa yang membacanya kemudian meninggal dalam tidur, matinya adalah mati syahid.
4. Baca 4 Qul (Surah Al-Kafirun, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas). Kemudian tiupkan nafas pada tapak kaki, dan sapu ke seluruh badan untuk menghindarkan diri daripada gangguan sihir dan kejahatan manusia.
5. Berniat untuk bangun malam untuk melakukan solat sunat tahajud.
6. Mengambil wudhuk dan menunaikan solat sunat taubat 2 rakaat sebelum baring.
7. Sedia memaafkan kesalahan semua orang yang ada kesalahan dengan kita dan halalkan segala hutang piutang mereka.
8. Baring mengiring ke kanan dan meletakkan tangan di bawah pipi.
Wednesday, August 20, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment