Saturday, May 31, 2008

:: KiSaH Di PuLaU MuTiAra ::

Hmm.. dah lama x post ape2. seminggu dua ni sibuk skit. Bukan sibuk ape pun, cuma xde kat rumah. Jadi, xberpeluang nak mengadap laptop lama2. Bila balik rumah pulak, kena jaga anak saudara. Tapi yang sebenarnya, mood nak 'post' ape2 dalam blog ni xde.. =)

Tapi hari ni, tiba2 teringat kisah masa saya TERpergi ke Pulau Pinang minggu lepas. Kenape 'TER' ye?hehe. 'TER' tu sebab x sengaja atau x dirancang pun. Kisahnya, minggu lepas saya pergi ke Kedah sebab sepupu kahwin dengan orang sana ( orang Kedah + orang Kelantan?? =D ). Jadi, lepas kenduri sepupu saya tu, tiba-tiba makcik2 dan ummi berpakat nak jalan-jalan kat Pulau Pinang. Saya pun ikut la sekali.

Masa sampai kat sana kebetulan masuk waktu Asar. Dan kebetulan yang lain, kedai yang kitaorang singgah tu, bertentangan dengan masjid. Masjid Kapitan Keling. So, saya dan yang lain pergi la masjid tu untuk solat. Lepas ambil wudhuk, saya pun masuk masjid dan terus menuju ke tempat kain telekung disediakan.

Masa saya tengah khusyuk pilih telekung yang agak sesuai dan bersih,datang sorang foreigner ke tempat saya berdiri. "Sorry, may i know why all people here wearing this?". Saya agak terkejut jugak tiba-tiba disapa macam tu. Pakai baju punjabi, tp tengok muka dia, macam orang putih. Islam ke tak? Memang pakai tudung, tapi saya ingatkan sebab masuk masjid, orang suruh la pakai tudung. hehe. "I'm from Pakistan, i'm Muslim". Mungkin dia nampak muka saya yang curious. Saya pun jawablah, "This use to cover the aurah". Dia pun tanya balik, "Is it ok if we just pray like this?", sambil tunjuk pakaian dia. Ai, dalam hati, "ape aku nak jawab ni??". Saya pun tak pernah tanya orang kenapa kena pakai telekung. Yang saya tahu, ni tradisi orang kita je. Saya pun bagilah jawapan macam budak darjah 1.huhu. "It's ok, but we use this because it's more clean". Ah, tibai je lah. Dia pun angguk je lah. Pastu dia nak try pakai dan suruh saya ajar macammana nak pakai telekung tu..

Hmm.. kenape ye kita pakai telekung untuk solat? wink!

Wednesday, May 14, 2008

.:: LiHaT kEmBaLi JiKa DiRoMpAk DuA KaLi ::.

Source : Buku "Rancang Hidup Rancang Wang" oleh Haron Mohd Yusof (HAMDY)

Pernah anda dengar ada rumah orang yang dirompak melebihi dari sekali? Atau anda sendiri pernah dirompak melebihi dua kali?

Saya berpendapat jika rumah kita dimasuki pencuri lebih dari sekali, maka kita perlu melihat kembali diri kita. Jika rumah kita dimasuki pencuri hanya sekali, mungkin ianya berlaku secara kebetulan. Mungkin juga, pencuri itu sangat-sangat memerlukan hingga sanggup mencuri rumah kita. Tetapi jika rumah kita dimasuki banyak kali, adalah menjadi kewajipan untuk kita melihat kembali diri kita.

Saya mempunyai teori bahawa jika kita tidak memberi zakat atau pun kurang bersedekah, jangan terperanjat jika ada orang yang datang ke rumah kita dan mengambil sebahagian dari harta kita dengan secara paksa. Sebenarnya zakat itu adalah satu pembersihan harta dan di dalam zakat itu adalah hak orang lain. Begitu juga sedekah. Sekiranya kita mempunyai pendapatan yang melebihi satu tahap, maka ada hak orang lain di dalam pendapatan kita. Hak itu berupa zakat atau setidak-tidaknya sedekah. Jika kita gagal melakukan dua perkara ini, janganlah terperanjat jika sebahagian harta kita diambil secara paksa dalam bentuk kecurian, rompak, ragut dan sebagainya.

Oleh itu berzakat dan bersedekahlah kerana Allah telah berjanji bahawa kita tidak akan miskin jika melakukannya dan rezeki kita tetap akan bertambah bila kita melakukannya.

........................................................................................

Chapter review:

Mesti ade yang ter'kesan' dengan artikel ini kan? Setiap kejadian pasti ada hikmah. Mungkin inilah hikmah kenape harta kita dirompak, dicuri dan sebagainya. Bukan bermaksud menghalalkan perbuatan pencuri tu, tapi mungkin satu teknik yang bagus untuk menenangkan hati.. =)

Kadang-kadang ramai yang masih ragu-ragu untuk bersedekah. Bimbang duit akan berkurang, x cukup duit nak makan dan sebagainya.Apakah kita tidak yakin harta yang kita salurkan di jalan ALLAH (bersedekah dsb) pasti akan 'dipulangkan' oleh-Nya dengan cara yang kadang-kadang kita sendiri tidak sedari?

Kita 'takut' untuk memberi sedekah sebab kita selalu rasa duit x cukup even untuk diri kita sendiri. Hakikatnya, selagi duit kita x 'spend' sedikit untuk membantu orang lain, selagi itulah kita akan sentiasa rasa kita kesempitan wang. x percaya? Cuba lah bersedekah. Mesti kita akan rasa lapang walaupun duit sedikit. InsyaALLAH cukup.. wink!!

Saturday, May 10, 2008

.:: Istimewa Hari Ibu : IBUKU SEORANG PEMBOHONG!!! ::.

Anda masih ada Ibu? Atau anda sendiri adalah seorang Ibu? Jika jawapannya “YA” maka silalah teruskan membaca…

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : “”Makanlah nak ibu tak lapar.” – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : “Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : “Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula.” Ibu tersenyum dan berkata : “Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : “Minumlah nak, ibu tak haus!!” – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : “Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : “Jangan susah-susah, ibu ada duit.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; “Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : “Jangan menangis nak, ibu tak sakit.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Semoga dari cerita ini dijadikan iktibar dan pedoman utk setiap anak2 di dunia...

Written by : Unknown

Wednesday, May 7, 2008

.:: kRiSiS MaKaNaN SeDuNiA ::.

Sekarang ni dunia mengalami krisis makanan terburuk selepas Perang Dunia Ke-2! Sungguh menggerunkan. Cuba bayangkan, macammana kalau satu hari, kita xdapat makan nasi lagi. Bukan sebab xde duit, tapi sebab beras tidak dijual di mana-mana kedai lagi.. Ketika itu, harga roti juga begitu mahal sekali. Ape yang kita akan lakukan? Mengikat perut atau mencari makanan 'alternatif'?

Rasanya lebih baik kita tidak menunggu saat itu terjadi dahulu baru nak cuba melatih diri untuk berpada-pada dalam mengisi perut. Bermula dari sekarang, cuba 'ajar' diri kita supaya makan sekadarnya sahaja. Bukan berlebih-lebihan. "Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang".Kurangkan pengambilan nasi, didik diri makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan. Mungkin boleh amalkan diet yang seimbang. Jangan diabaikan pengambilan protein terutamanya ikan.

Selain itu, jangan bazirkan makanan walaupun sikit. Ambil makanan dengan kadar yang optimum, bukan maksimum mahupun minimum.Mungkin cukup 1x sehari sahaja makan nasi? =) wink!!

.:: TiPs StUdY ::.

Saya selalu terfikir, macammana orang yang betul2 pandai ni boleh jadi pandai dan biasanya kekal pandai? Macammana dia boleh kuasai hampir semua subjek yang dia belajar? Sesetengah orang hanya expert certain subject je. Contoh kalau dia terer Physics, Biology dia mungkin kureng skit. Tapi saya perhatikan, orang yang betul2 pandai ni, dia boleh kuasai dua2, Physics dan Biology. Macammana tu?

Erm, saya ni jenis yang suka perhatikan orang dan kadang2 membuat penilaian sendiri. Of course la ada yang betul dan ada yang langsung x betul. =) Jadi, saya cuba mencari jawapan kenapa orang boleh jadi betul2 pandai.

Saya ada seorang kawan yang boleh dikategorikan betul2 pandai. So, saya jadikan dia sebagai 'bahan eksperimen' saya.hehe.Bukan buat ape2 pun, saya cuma perhatikan cara dia belajar macammana. Kalau saya tanya dia, macammana dia boleh jadi pandai, susah dia nak jawab tu. Baik saya perhatikan sendiri.

Langkah pertama, saya mintak nak study sama2 dengan dia. Saya pergi study kat bilik dia. Sambil study tu, saya tengokla cara dia. Errmm..macam ni rupanya nak jadi orang yang berjaya.. Ini 'result' yang saya dapat daripada 'eksperimen' saya:

1. Study menghadap kiblat
- Dia akan pastikan kedudukan dia menghadap kiblat. Walaupun dia duduk meniarap atas lantai, posisinya tetap menghadap kiblat.

2. Sentiasa berwudhuk
- Sepanjang saya study dengan dia, 2 3x dia bangun ambil wudhuk.

3. Mulakan dengan doa
- Sebelum study, dia baca doa dulu. doa ape, Wallahua'lam.

4. Contact mak ayah
- Masa tengah study, saat2 genting pun dia call umi dia. tanya khabar. sekejap je, lepas tu sambung study balik.

5. Buat nota sendiri
- Nota dia cantik, warna-warni. Dia kata, x boleh study xbuat nota. Nanti x ingat betul2. then, masa betul2 dah nak dekat exam, nota ni lah yang dia akan baca.

6. Study guna buku teks
- Dia akan study guna buku dulu. Nota-nota lecturer bagi tu dibaca sekali lalu, then ditambah info2 daripada buku teks. No wonder la kalau exam keluar soalan yang x ade dalam notes, dia still boleh jawab.

7. Duduk di barisan hadapan
- Dalam kelas, barisan depan memang tempat dia lah.

8. Banyak bertanya
- Dia akan terus tanya lecturer apa yang dia kurang faham sampailah dia betul2 faham. Kadang2 jumpa terus lecturer kat bilik lecturer tu.

9. Setiap hari mesti study
- Sibuk macammana pun, dia tetap akan luangkan masa untuk study subjek yang dia belajar hari ni. xlama, sekejap je dia cakap.

10. X kedekut ilmu
- Dia x pernah tolak kalau ada kawan mintak tolong ajar. Dia akan cuba bantu kawan dia sampaila diorang faham.

11. Ikut majlis ilmu dan join Usrah
- Dia jarang lepaskan peluang kalau ade masa free untuk dengar ceramah atau kuliah.Kadang-kadang kita tengok sesetengah orang ni, kaki study betul, xsempat nak gi dengan ceramah ke ape ke. Tapi bila exam, xde la gempak sangat pun result.

Rasanya itu lah 'core' reasons yang membuatkan dia boleh berjaya. Mungkin banyak lagi yang lain. Soal keikhlasan dan apa yang ada di dalam hati, mungkin juga penyumbang besar kepada kejayaan seseorang. So, kenape tidak kita jadi orang yang berjaya? wink!

Tuesday, May 6, 2008

.:: MyDiN ::.

Minggu lepas, saya, abah dgn adik pegi Mydin, nak beli barang2 utk hadiah sukaneka Family Day Public Mutual abah.Lama jgk la shopping kat Mydin malam tu.penuh troli.ai, penat jugak rupanya shopping dgn org laki ni. abah cerewet rupanya nak pilih barang utk buat hadiah. byk kali jugak la ambik letak barang ni.apepun, best la shopping ngn abah, ambik je ape nak.hehe..

Lepas hampir 2jam pilih2 barang, kami pun beratur pjg nak bayar. Alhamdulillah, barisan yg kami beratur tu, org ramai, tp brg skit. so, laju la skit barisan tu bergerak.Ade 15minit lg nak tutup. masa tgh beratur tu, mata sy melilau2 tgk sekeliling, kot2 ade brg ter'miss' nk beli.pastu tiba2 sy terpandang 'note' yg diletak di setiap kaunter bayaran. sy cuba baca ape note tu tulis.

Rupa2nya note tu ialah saranan Mydin supaya memboikot barangan dari Belanda. semua barangan Belanda diletakkan tanda berwarna merah. Wah! begitu skali Mydin menyokong usaha memboikot barangan Belanda. Walaupun mungkin sedikit sebanyak akan menjejaskan profit jualannya.terbit rasa kagum kepada Mydin. Dan 1 lg hebatnya Mydin (di KB, tmpat lain xtau la..), setiap kali waktu solat, azan akan dikumandangkan di speaker, dan secara automatik, urusan jual beli di kaunter bayaran akan dihentikan sehinggalah azan selesai.erm, hebat kan?mungkin itulah rahsia kejayaan Mydin sampai hari ni..wink!

Monday, May 5, 2008

:: iNtRo ::

Hari ni sy byk melawat blog kawan2.Tiba-tiba rasa nak buat blog sendiri.Before this dah ade, tapi hidup segan mati xmahu,terkubur tanpa nisan.hehe.
First of all, sebagai introduction, let me introduce a little bit about myself...
I'm a student of Bachelor of Pharmacy at International Islamic University of Malaysia.
Masih terlalu baru dalam "dunia" farmasi..2nd year student to be this July and InsyaALLAH pharmacist to be in 2011. so, that's all about myself for today.. =)
At the moment, belum ade idea nak post ape..wink!!

Dictionary