Saturday, May 31, 2008

:: KiSaH Di PuLaU MuTiAra ::

Hmm.. dah lama x post ape2. seminggu dua ni sibuk skit. Bukan sibuk ape pun, cuma xde kat rumah. Jadi, xberpeluang nak mengadap laptop lama2. Bila balik rumah pulak, kena jaga anak saudara. Tapi yang sebenarnya, mood nak 'post' ape2 dalam blog ni xde.. =)

Tapi hari ni, tiba2 teringat kisah masa saya TERpergi ke Pulau Pinang minggu lepas. Kenape 'TER' ye?hehe. 'TER' tu sebab x sengaja atau x dirancang pun. Kisahnya, minggu lepas saya pergi ke Kedah sebab sepupu kahwin dengan orang sana ( orang Kedah + orang Kelantan?? =D ). Jadi, lepas kenduri sepupu saya tu, tiba-tiba makcik2 dan ummi berpakat nak jalan-jalan kat Pulau Pinang. Saya pun ikut la sekali.

Masa sampai kat sana kebetulan masuk waktu Asar. Dan kebetulan yang lain, kedai yang kitaorang singgah tu, bertentangan dengan masjid. Masjid Kapitan Keling. So, saya dan yang lain pergi la masjid tu untuk solat. Lepas ambil wudhuk, saya pun masuk masjid dan terus menuju ke tempat kain telekung disediakan.

Masa saya tengah khusyuk pilih telekung yang agak sesuai dan bersih,datang sorang foreigner ke tempat saya berdiri. "Sorry, may i know why all people here wearing this?". Saya agak terkejut jugak tiba-tiba disapa macam tu. Pakai baju punjabi, tp tengok muka dia, macam orang putih. Islam ke tak? Memang pakai tudung, tapi saya ingatkan sebab masuk masjid, orang suruh la pakai tudung. hehe. "I'm from Pakistan, i'm Muslim". Mungkin dia nampak muka saya yang curious. Saya pun jawablah, "This use to cover the aurah". Dia pun tanya balik, "Is it ok if we just pray like this?", sambil tunjuk pakaian dia. Ai, dalam hati, "ape aku nak jawab ni??". Saya pun tak pernah tanya orang kenapa kena pakai telekung. Yang saya tahu, ni tradisi orang kita je. Saya pun bagilah jawapan macam budak darjah 1.huhu. "It's ok, but we use this because it's more clean". Ah, tibai je lah. Dia pun angguk je lah. Pastu dia nak try pakai dan suruh saya ajar macammana nak pakai telekung tu..

Hmm.. kenape ye kita pakai telekung untuk solat? wink!

4 comments:

Anonymous said...

tapi kan kakak hurunain, saya xpakai pun telekong..

HuRuN^AiN said...

kalu xpakai, boleh try2 la pakai..ok?

Anonymous said...

kalau sampai seru, saya pakai la..

mutiara bd said...

soklan: sbb aper kene pakai telekong?.
jawapan saye:
1)sbb kita tak pakai pakaian yg betul-betul menutup seluruh aurat(bukan saye nk kate awaks tak menutup aurat yek).
2)sbb kita dah biasa dgn telekong bila nak solat. so kita rasa tak selesa kalo solat tak pakai telekong.
3)kita dah menutup aurat tapi bila nk solat kene cabut pulak pakaian tu sbb kotor atau "tak boleh bawak dalam solat".

tu lah adalah pandangan saye knp kita pakai telekong. asal konsep nya gni saje:
menutup aurat-salah satu dari syarat sah solat(nk pakai apa-apa tak kesah je).

kesimpulan: telekong adlh salah satu cara kita menutup aurat dgn sempurna semasa kita solat supaya aurat kita tak terselak atau terbukak..

okai, sekadar berkongsi apa yg saye tahu.

Dictionary